Thursday, 17 November 2011

Upsr Skak 2011 Slideshow Slideshow

Upsr Skak 2011 Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ Upsr Skak 2011 Slideshow Slideshow ★ to Melaka State. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor

Tuesday, 15 November 2011

Perkhemahan Unit Beruniform 2011 Slideshow Slideshow

Perkhemahan Unit Beruniform 2011 Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ Perkhemahan Unit Beruniform 2011 Slideshow Slideshow ★ to Ayer Keroh. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor

Minda Cerdas 2011 Slideshow Slideshow

Minda Cerdas 2011 Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ Minda Cerdas 2011 Slideshow Slideshow ★ to Melaka. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor

Wednesday, 2 November 2011

PESAN BIMBINGAN

PETUA ORANG CEMERLANG
Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah

  • Orang CEMERLANG mengenali dirinya secara mendalam dengan menggunakan beberapa kaedah bersepadu.

  • Orang CEMERLANG sentiasa berusaha menjana hati yang bersih dan sentiasa mencuci hatinya menggunakan pelbagai teknik dan petua seperti sembahyang taubat, istighfar, baca Quran, maafkan semua orang, ingat mati, sedekah, berpuasa kekalkan wuduk dan sebagainya.

  • Orang CEMERLANG sentiasa membentuk niat yang murni untuk setiap kegiatan yang dilakukan.

  • Orang CEMERLANG sentiasa mencari 'emas' dalam diri. Tuhan mencipta manusia dengan sempurna, tetapi kebanyakan orang tidak sedar akan kehebatan dirinya. Dengan mengenal diri secara mendalam, kita dapat menerobos sempadan diri.

  • Orang CEMERLANG sentiasa berpegang pada prinsip; untuk berjaya itu lebih mudah daripada untuk gagal. Sebenarnya, memang senang untuk senang.

  • Orang CEMERLANG sentiasa melakukan setiap kegiatan sebaik mungkin. Komitmen terhadap tugas amat tinggi dan sentiasa membuat persediaan rapi.
  • Orang CEMERLANG sentiasa melakukan 7M dalam hidupnya.
    M1 :  Muhasabah      -       nilai diri
    M2 : Muraqabah       -      ihsan
    M3 : Musyaratah      -      Syarat mencapai matlamat
    M4 : Mu'aqabah       -      mendidik jiwa supaya murni
    M5 : Mujahadah       -      bersungguh-sungguh
    M6 : Mu'atabah        -     kritik diri
    M7 : Muwaddah        -     kasih sayang

  • Orang CEMERLANG sentiasa mencari penghalang atau pembantut kemerlangan. Kebanyakan orang enggan menerima hakikat yang mereka bermasalah.

  • Orang CEMERLANG sentiasa mencari hikmah atas setiap apa yang berlaku. Orang cemerlang sentiasa redha dan bersyukur.

  • Orang CEMERLANG sentiasa menjaga ibadah dengan sempurna. Orang yang ingkar perintag Tuhan pasti gagal dunia dan akhirat.

  • Orang CEMERLANG sentiasa mencari hakikat kehidupan. Cuba cari jawapan kepada persoalan mengapa Tuhan menciptakan kita KHALIFAH, HAMBA,DAI

  • Orang CEMERLANG sentiasa fokus pada kejayaan dan mempunyai visi dan misi yang besar dan bermakna.

  • Orang CEMERLANG sentiasa merancang setiap tindakan dengan rapi dan sistematik.
  • Orang CEMERLANG sentiasa dahagakan ilmu dan berterusan mencari ilmu. Beberapa buah buku yang anda beli setiap bulan? Kita perlu belajar untuk belajar.

  • Orang CEMERLANG sentiasa belajar daripada setiap kesilapan lalu. Orang yang berjaya bukannya tidak pernah jatuh, tetapi bangkit semula setiap kali jatuh. Kegagalan sebenar adalah apabila kita berhenti mencuba.

  • Orang CEMERLANG sentiasa membentuk dan merobohkan tembok yang menghalang hubungan yang kental.

  • Orang CEMERLANG sentiasa menggunakan minda seoptimum mungkin. Minda mengawal setiap tindakan yang kita lakukan.

  • Orang CEMERLANG sentiasa ceria dan bersemangat. Gunakan pelbagai kaedah dan cara bagi memastikan kita ceria dan bersemangat setiap hari.

  • Orang CEMERLANG sentiasa fokus pada apa yang dapat dilakukan dan tidak perlu risau berkenaan apa yang tidak mampu dilakukan.

  • Orang CEMERLANG sentiasa berusaha menarik hidayat Tuhan. Banyak cara yang boleh kita usahakan bagi memastikan kita dihujani hidayat oleh Tuhan.

  • Orang Cemerlang sentiasa bersangka baik kepada orang lain dan bersedia menerima teguran atau nasihat daripada orang lain.
                                                          
  • Orang CEMERLANG sentiasa memprogram minda setiap hari, ( menggambarkan fikiran positif, bisikan positif, gambaran mental yang jelas ). Gambaran mental yang jelas lebih berkesan daripa azam yang kuat.

  • Orang CEMERLANG sentiasa memaafkan orang lain dan mudah meminta maaf daripada orang lain. Kemaafan membawa pelbagai kebaikan kepada diri kita.

  • Orang CEMERLANG sentiasa memberikan respons, bukan reaksi. Reaksi adalah tindak balas. Respon adalah tindakan secara proaktif dan berhikmah. Reaksi kepada
    umpatan orang adalah dengan membela diri ataupun mengata orang. Respons pula adalah menilai kesilapan diri yang menyebabkan orang mengumpat kita.

  • Orang CEMERLANG sentiasa mencari keberkatan dalam setiap tindakan yang dilakukan. Ini dapat dicapai dengan niat yang murni, mengeluarkan zakat, sedekah, mendoakan ibu bapa dan guru-guru, bekerja dengan ikhlas serta bersungguh-sungguh den sebagainya.

Monday, 31 October 2011

Unit Bimbingan SK Ayer Keroh

Kami sentiasa mengalu-alukan kehadiran murid-murid , rakan-rakan dan semua warga sekolah ke Sanggar Bimbingan , kerana kami menerima "TANPA SYARAT "

VISI


Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana teraputik dan kondusif di sekolah menjelang 2015.


MISI


Untuk merelisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:

  • Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.
  • Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran emosi ( EQ ) yang tinggi dan berakhlak mulia.
  • Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberansangkan melalui bimbingan dan kaunseling.
  • Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.
  • Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan murid.
FALSAFAH

Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembeling secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.