Kami sentiasa mengalu-alukan kehadiran murid-murid , rakan-rakan dan semua warga sekolah ke Sanggar Bimbingan , kerana kami menerima "TANPA SYARAT "
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana teraputik dan kondusif di sekolah menjelang 2015.
MISI
Untuk merelisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:
- Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.
- Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran emosi ( EQ ) yang tinggi dan berakhlak mulia.
- Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
- Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberansangkan melalui bimbingan dan kaunseling.
- Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.
- Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan murid.
FALSAFAH
Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembeling secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.